Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

12,503

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Usahawan berjaya harus bantu usahawan baharu

7:02pm 04/06/2014 Pak Roshan 40 views Tawau,Tempatan

pic-82

 

TAWAU: Usaha melahirkan usahawan bumiputera dilihat akan lebih berjaya sekiranya perkara itu mendapat sokongan dan dorongan penuh daripada usahawan yang telah berjaya.

Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat negeri, Datuk Hamisa Samat berkata, pengalaman serta bimbingan yang diberikan usahawan yang telah berjaya mampu menjadi faktor besar dalam mencipta usahawan baharu.

Katanya, selain dijadikan sebagai panduan dan idola, resipi kejayaan usahawan yang telah mencapai kecemerlangan dalam bidang masing-masing boleh dijadikan sumber rujukan bagi memantapkan aktiviti perniagaan kepada usahawan baharu.

“Penglibatan usahawan yang sudah berjaya bagi membantu melahirkan usahawan baharu adalah penting kerana golongan muda tidak mempunyai pengalaman mendalam dalam bidang yang ingin diceburi,” katanya.

Beliau berucap merasmikan penutupan Kursus Usahawan Anjuran Shah Alam Marketing Sdn. Bhd. dan Syarikat Takaful Malaysia bersama Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (Perhebat) di sini semalam.

Mengulas lanjut, Hamisa yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu berkata, semua itu hanya pendorong dan faktor sampingan dalam melahirkan usahawan berjaya kerana apa yang lebih penting adalah semangat serta kesungguhan daripada individu itu sendiri.

Sehubungan itu katanya, usahawan baharu perlu menerapkan budaya keusahawanan dalam kehidupan masing-masing selain tidak mudah berputus asa sekiranya berhadapan masalah atau kegagalan dalam perniagaan yang diceburi tersebut.

Jelasnya, sebahagian besar daripada kaum bumiputera di negara ini sukar untuk menerapkan budaya usahawan dalam diri yang mementingkan kecekalan dan bersemangat besar.

“Proses melahirkan usahawan bukan satu perkara mudah dan kejayaan akan hanya dicapai menerusi komitmen penuh daripada semua pihak terutama daripada usahawan itu sendiri,” katanya.

Tambahnya, usahawan bumiputera juga perlu meningkatkan jaringan kerjasama sesama sendiri agar semua bentuk produk dan perkhidmatan yang diperlukan masyarakat dapat disediakan.

“Saya juga berharap semua kemudahan yang disediakan oleh kerajaan dapat digunakan sepenuhnya oleh usahawan bumiputera dalam menghadapi persaingan pasaran global,” katanya.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan