Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

12,501

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Usahawan belia di Sabah perlu menyiapkan diri dalam pelbagai bidang

Tawfiq ketika melawat gerai pameran.

TAWAU; Usahawan belia di Sabah perlu menyiapkan diri dalam pelbagai bidang untuk turut merebut peluang dalam projek-projek mega yang dilaksanakan di negeri ini.
Menteri Belia dan Sukan berkata,  mereka bukan hanya perlu komited malah harus membuka minda untuk mendapatkan seberapa banyak ilmu dan maklumat berkaitan keusahawaan selain  bentuk bantuan yang disediakan pelbagai agensi di negara ini.
Beliau berkata demikian pada Program Gerak Industri Kecil dan Sedarhana (IKS) SDC Tawau 2017 di Dewan Masyarakat Tawau.
Katanya, melalui program seumpama ia bukan sahaja  menjadi platform untuk mendapatkan maklumat mengenai perkhidmatan dan inisiatif yang disediakan agensi berkaitan,  malah  turut berpeluang mendapatkan khidmat perundingan dan bimbingan perniagaan daripada penasihat perniagaan (biskaunselor) yang terlatih khususnya dari Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) yang menganjurkan program tersebut dengan kerjasama Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) dan Sabah Economic Development and Investment Authority (SEDIA).
Pada program itu, lebih 40 agensi keusahawanan serta 30 penasihat perniagaan hadir. Pelbagai aktiviti  diadakan antaranya Forum Interaktif, khidmat Kaunseling Perniagaan ‘helf desk’, cabaran niaga serta sesi bisnes ikon usahawan bersama Datuk Seri Hasmizah Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida.
Sementara itu dalam isu lain, mengulas perlantikan Tuanku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada sabtu lalu,  Datuk Tawfik berkata, negeri Sabah mengalu-alukan amanah yang telah diberikan oleh pengurusan FAM kepada TMJ dalam usaha menaikan semula prestasi bola sepak negara./SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan