Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,690

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Usahawan batik sebahagian besarnya adalah wanita

6:29pm 07/11/2016 Leolerry Lajius 1 views Kota Kinabalu,Tempatan,YAB Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman
(Dari kiri) Nori, Musa, Tun Abdullah dan Ghani ketika melancarkan gimik perasmian festival berkenaan.

(Dari kiri) Nori, Musa, Tun Abdullah dan Ghani ketika melancarkan gimik perasmian festival berkenaan.

KOTA KINABALU: Usahawan batik di seluruh negeri sebahagian besarnya adalah golongan wanita.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman berkata, golongan wanita memonopoli bidang itu dengan menunjukkan peratusan sebanyak 70 peratus bersamaan 4,997 orang daripada bilangan keseluruhan usawan batik.

“Ternyata kaum wanita sememangnya memiliki kemahiran dan ketelitian yang tinggi untuk menghasilkan batik yang berkualiti.”

“Seni batik juga sememangnya mampu menjana pendapatan tambahan yang lumayan kepada isi rumah dengan menyediakan peluang pekerjaan kepada masyarakat, sama ada secara sepenuh masa atau sambilan,” katanya ketika menyampaikan ucapan sempena Majlis Perasmian Festival Viva Batik, di sini, hari ini.

Ghani (kanan) menyampaikan replika cek bernilai RM50,000.00 kepada Nori (kiri) sambil diperhatikan oleh Musa (dua dari kiri) dan Tun Abdullah (dua dari kanan).

Ghani (kanan) menyampaikan replika cek bernilai RM50,000.00 kepada Nori (kiri) sambil diperhatikan oleh Musa (dua dari kiri) dan Tun Abdullah (dua dari kanan).

Majlis berkenaan turut dihadiri oleh Mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Abdullah Hj. Ahmad Badawi, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Datuk Jainab Ahmad Ayid, Pengerusi Waterfront Urban Development Datuk Ghani Rashid dan Pengerusi Yayasan Budi Penyayang Nori Abdullah.

Beliau turut menyatakan seni batik bukan sahaja warisan bangsa yang perlu dipelihara kerana nilai estetikanya tetapi sumbangannya besar kepada industri ini.

“Untuk meningkatkan permintaan terhadap industri batik, para pengusaha perlulah menghasilkan produk dan corak batik yang kreatif, berinovasi dan berkualiti tinggi,”katanya.

Sempena majlis berkenaan Yayasan Budi Penyayang turut menerima sumbangan berjumlah RM50,000.00 yang disampaikan oleh Ghani.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

whatsapp-image-2016-11-07-at-5-51-26-pm

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan