Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Usahawan pertanian perlu elak sikap mudah putus asa: Yahya

USAHAWAN MODEN... Jessica Mudi yang berasal dari Kampung Watan Ranau menerima Sijil Kursus Kemahiran Pertanian Bersepadu daripada Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Yahya Hussin.  Usahawan pertanian itu menceburi penanaman cendawan dan sayuran tanah tinggi. - foto JIMMY TAN / Sayangsabah
USAHAWAN MODEN… Jessica Mudi yang berasal dari Kampung Watan Ranau menerima Sijil Kursus Kemahiran Pertanian Bersepadu daripada Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Yahya Hussin. Usahawan pertanian itu menceburi penanaman cendawan dan sayuran tanah tinggi. – Foto JIMMY TAN / Sayangsabah

KOTA KINABALU – Usahawan pertanian diingatkan agar tidak mudah berputus asa dalam membangunkan projek pertanian mereka sebaliknya perlu terus berusaha sehingga mencapai kejayaan yang diinginkan.

“Dalam melaksanakan projek pertanian, para usahawan sudah pasti akan berhadapan dengan pelbagai cabaran dan halangan di luar sana,” kata Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah, Datuk Yahya Hussin.

Beliau bercakap demikian sema

sa berucap di majlis penyampaian Sijil Kursus Kemahiran Pertanian Bersepadu ke-19 dan Pengiktirafan Pengusaha Pertanian Cemerlang yang berlangsung di Auditorium Kompleks Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara di sini hari ini.

Namun, beliau berkata kejayaan tersebut memerlukan sokongan, bimbingan dan bantuan daripada semua pihak termasuk agensi dan jabatan yang berkenaan dan swasta.

“Oleh yang demikian, saya menyeru kepada semua jabatan dan agensi kerajaan di bawah Kementerian saya dan Persekutuan serta pihak swasta agar dapat memberikan sokongan padu dan khidmat nasihat kepada usahawan berkenaan,” katanya.

Beliau bagaimanapun berkata, para usahawan lulusan Sijil Kursus Kemahiran itu juga perlu aktif berdikari dalam mengejar dan merebut peluang insentif  yang ditawarkan oleh kerajaan.

“Mulakan bidang usaha yang akan diceburi walaupun secara kecil-kecilan,” katanya lagi.
– Oleh NUZIR ANDI SAMSIAR / Sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan