Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,651

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Usaha Warga JPNIN dan KRT dihargai

5:04pm 06/12/2015 Elezebeth Esther Onjining 12 views Tempatan
Joseph merasmikan Majlis Apresiasi Zon Bandaraya 2015. Foto Oleh Jimmy Tan/ Sayang Sabah

Joseph merasmikan Majlis Apresiasi Zon Bandaraya 2015. Foto Oleh Jimmy Tan/ Sayang Sabah

KOTA KINABALU- Warga Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional (JPNIN) dan jawatankuasa Kawasan Rukun Tertangga (KRT) zon bandaraya di negeri ini telah diberi pengikrirafan atas sumbangan dan khidmat bakti yang cemerlang dalam melaksanakan pelbagai program sepanjang tahun 2015.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Panglima Joseph Kurup berkata pengiktirafan yang diterima ini perlu dijadikan sebagai pendorong dan semangat untuk terus berjaya dalam memajukan kerjaya dan KRT di daerah masing-masing.

“Warga JPNIN dan KRT ini merupakan agen perpaduan dan agen perubahan kepada usaha membantu kerajaan memelihara dan memperkukuhkan semangat perpaduan dan keharmonian kaum dalam kalangan masyarakat”, katanya.

Joseph berkata demikian ketika merasmikan Majlis Apresiasi Zon Bandaraya 2015, di Putera Ballroom, Taman Tun Fuad, Bukit Padang, di sini, hari ini.

Disamping itu, beliau berkata terdapat peningkatan dalam bilangan KRT, Skim Rondaan Sukarela (SRS) dan Tabika perpaduan di zon daerah tersebut.

Menurut beliau, peningkatan sebanyak 60 buah KRT di daerah ini, tahun ini berbanding 50 buah pada tahun lepas, manakala SRS pula telah meningkat kepada 20 buah berbanding 18 SRS pada tahun lepas.

Sementara itu,jumlah bilangan KRT di daerah Papar juga telah meningkat kepada 33 KRT berbanding 22 KRT pada tahun lepas dan SRS di daerah tersebut telah meningkat kepada 10 buah berbanding lapan buah SRS tahun lepas.

“Usaha memperkasakan KRT ini jelas menunjukkan bahawa kerajaan Barisan Nasional sangat komited dalam memastikan perpaduan dan keharmonian rakyar di peringkat akar umbi dapat digerakkan dengan berkesan”, katanya.

Joseph juga telah memberi peringatan kepada semua warga JPNIN dan KRT bahawa kuantiti bukanlah menjadi kayu pengukur kepada sesuatu kejayaan tetapi penilaian yang diberikan kepada usaha yang telah diberikan adalah penting.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Wakil Ketua Pengarah, Jabatan perpaduan negara dan intergrasi nasional, Zulkifli Hashim dan Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Intergrasi Nasional, Delin Liet Anak Belaun. Oleh Elezebeth Esther/ SayangSabah.

Joseph menyampaikan anugerah kepada KRT dan SRS yang cemerlang

Joseph menyampaikan anugerah kepada KRT dan SRS yang cemerlang. Foto oleh Jimmy Tan/ Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan