Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,654

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Usaha untuk menjaga kedaulatan negara akan terus dipertingkatkan

8:39pm 14/01/2016 Leolerry Lajius 121 views Jenayah,Tempatan
Dato Rashid-Gambar Oleh Alex Mairin

Dato Rashid-Gambar Oleh Alex Mairin

KOTA KINABALU:”Usaha untuk menjaga kedaulatan dan keselamatan negara akan terus dipertingkatkan bagi menjaga kesejahteraan awam.”

Demikian ungkapan Pesuruhjaya Polis Sabah Dato Abd Rashid Bin Harun, ketika berucap pada Majlis Serah Terima Pos Kawalan Keselamatan Burs Point, Tawau di Mess Pegawai Kanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah petang tadi.

Kawasan Burs Point yang bernilai RM3,0010685.30 itu terletak di perairan timur daerah Tawau, berhampiran dengan Pulau Sebatik dan Pulau Nunukan, Indonesia dan merupakan laluan utama pergerakan bot dan kapal kedua-dua negara.

“Dengan adanya Burs Point ini, kegiatan jenayah di kawasan tersebut akan dapat dibendung di samping dapat memberikan keyakinan kepada masyarakat di sekitarnya,” katanya.

Tambah Rashid, Burs Point tersebut yang telah beroperasi sejak 28 December tahun lalu menempatkan seramai 18 orang Pasukan Gerakan Am.

Menurut beliau lagi, beliau akan berunding dengan pihak ESSCOM dan Maritim agar meletakkan aset mereka di kawasan tersebut bagi memudahkan kawalan pemeriksaan dapat dilakukan.

”Kawasan tersebut yang meliputi kawasan bakau mempunyai banyak laluan tikus penjenayah dan aktiviti penyeludupan serta kemasukan warga asing, tetapi dengan adanya Burs Point ini kawalan keselamatan di sempadan negara akan terus dipertingkatkan,”katanya.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan