Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,654

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Usaha untuk mengurangkan kuantiti sampah di Kayu Madang

7:58pm 17/02/2016 Leolerry Lajius 93 views Tempatan
Datuk Edward Yong bersama Datin Mary Yong memberikan angpow kepada salah seorang penghuni PDK tersebut.-Gambar Oleh Alex Mairin

Datuk Edward Yong bersama Datin Mary Yong memberikan angpow kepada salah seorang penghuni PDK tersebut.-Gambar Oleh Alex Mairin

KOTA KINABALU: Usaha untuk mengurangkan kuantiti sampah di tempat pembuangan dan pelupusan sampah di Kayu Madang Telipok akan dipertingkatkan.

Menurut Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Ir Edward Yong Oui Fah, usaha itu akan dilaksanakan memandangkan kuantiti sampah di kawasan pelupusan tersebut semakin meningkat.

“Saya percaya mayor yang baru di bandaraya ini akan memandang isu ini dengan serius dan akan memberikan tumpuan kepada usaha mengitar semula bahan atau sisa yang boleh dikitar semula di kawasn tersebut,” katanya ketika sidang media sempena majlis sambutan Tahun Baru Cina di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) daerah Kota Kinabalu pagi tadi.

Sementara itu, ketika berucap pada majlis tersebut beliau berkata bahawa kewujudan PDK merupakan salah satu platfrom untuk memberikan peluang kepada ibu bapa untuk melatih dan sebagai pusat penjagaan anak mereka sementara mereka bekerja.

Beliau turut berkata bahawa masyarakat Malaysia merupakan contoh terbaik bagi simbol perpaduan kerana walaupun masyarakatnya majmuk tetapi sambutan perayaan tetap disambut bersama.
“Walaupun masyarakat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan adat kepercayaan tetapi setiap perayaan tetap disambut bersama dengan keharmoni,”katanya.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Datuk Edward Yong (Tengah) menerima cenderahati daripada salah seorang penghuni PDK tersebut.-Gambar Oleh Alex Mairin

Datuk Edward Yong (Tengah) menerima cenderahati daripada salah seorang penghuni PDK tersebut.-Gambar Oleh Alex Mairin

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan