Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,794

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

usaha tangkap dan tembak buaya di sungai Paitan akan diteruskan- Masidi

3:49pm 26/11/2015 Dewiana Tinggolongon 1168 views Kota Kinabalu,Laporan Sidang DUN,Mutakhir,Tempatan

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Masidi Manjun- foto jimmy Tan / SayangSabah

KOTA KINABALU- Usaha untuk menangkap dan menembak buaya di kawasan sungai Paitan dan Sugut Sabah akan diteruskan sehingga buaya-buaya yang terdapat di kawasan perkampungan dihapuskan.
Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Seri Panglima Manjun berkata kementeriannya melalui Jabatan Hidupan Liar (JHL) telah menangkap lapan ekor buaya dan menembak mati tujuh ekor buaya di sungai Paitan.
“Orang awam boleh menghubungi HJL untuk membolehkan JHL mengadakan pemeriksaan sekiranya buaya-buaya berkenaan mengancam penduduk,” katanya dalam sidang di Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini kelmarin (Rabu).
Beliau berkata demikian dalam ucapan penggulungan sebagai menjawab pertanyaan ADUN Sugut, Datuk James Ratib yang bertanyakan mengenai tindakan kerajaan untuk menangkap buaya sungai yang semakin mengganas di Sungai Paitan.
Sementara itu beliau berkata, berhubung dengan kejadian ikan dalam sangkar yang mati di kampung Meniang yang ditimbulkan ADUN Sukau, Datuk Saddi Abdul Rahman, dimaklumkan bahawa Jabatan Alam Sekitar (JAS) bersama-sama dengan Jabatan Perhutanan telah menjalankan penyiasatan di tempat kejadian pada 22 November lalu.
“Ia termasuk mengambil sampel air untuk analisis kimia bagi mengenalpasti punca kematian ikan-ikan tersebut.
“Pada masa yang sama, Jabatan perikanan juga telah menjalankan siasatan di tempat kejadian pada 21 November 2015,” ujarnya.
Masidi memberitahu, kebiasaannya Jabatan Kimia mengambil masa satu bulan untuk menyiapkan analisis kimia, justeru itu punca kematian ikan-ikan tersebut belum dapat dikenalpasti.- Oleh Dewiana Tinggolongon / sayangsabah.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan