Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

USAHA TANAH SUBUR UNTUK PERTANIAN

pic-28
TENOM: Ahli Parlimen Tenom Datuk Raime Unggi menyeru masyarakat di daerah ini untuk mengusahakan tanah yang subur bagi tujuan pertanian khususnya untuk tanaman buah-buahan secara Komersial.

Katanya petani di daerah itu boleh mendapatkan khidmat bantuan dan nasihat daripada agensi dan jabatan kerajaan khasnya Pusat Penyelidikan Pertanian yang ditubuhkan di daerah itu.

“Bidang pertanian bukan sahaja boleh memberikan pendapatan sampingan kepada kita tetapi ia juga boleh dijadikan satu perniagaan besar-besaran,” katanya ketika merasmikan pameran gerai pertanian sempena Tamu Besar dan Sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Tenom di sini pada Khamis.

Gerai pertanian tersebut menyediakan tujuh lot gerai untuk kegunaan para petani menjual perlbagai hasil pertanian mereka.

Komen


Berita Berkaitan