Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Usaha RTM Sabah martabatkan bahasa etnik, galakan buat penggiat seni berkarya

Pairin menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan berkenaan.-Gambar Oleh Alex Mairin

KOTA KINABALU: Usaha RTM Sabah dalam memartabatkan bahasa etnik terutama dalam industri seni, memberi galakan kepada penggiat seni di negeri ini untuk terus menghasilkan karya yang berkualiti.

Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Joseph Pairin Kitingan berkata, selaku peneraju dalam industri penyiaran negara, RTM masih berdiri teguh sebagai suara penghubung antara rakyat dan kerajaan menerusi caranya tersendiri tanpa mengorbankan jati diri, adat dan budaya ketimuran masyarakat berbilang kaum, khususnya di Sabah dan negara amnya.

“Usaha memartabatkan bahasa etnik dalam rancangan siarannya adalah sesuatu yang harus dipuji. Sebagai contoh, Pertandingan Juara Lagu Popular Kadazan yang kita adakan hari ini.”

“Saya yakin, melalui bakat para penyanyi dan penggiat seni suara Kadazan dapat terus diperkembangkan. Bukan itu sahaja, malah melalui lirik-lirik yang dihasilkan, penulisan dalam bahasa ibunda mereka boleh dipertingkatkan dan sekali gus mempelajarinya dengan lebih berkesan,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Pertandingan Akhir Juara Carta Lagu Popular Kadazan musim ke-6 di Dewan Hongkod Koisaan KDCA, di sini, semalam.

Pairin yang juga ‘Huguan Siou’, pemimpin utama bagi masyarakat Kadazandusun Murut di Sabah, berkata pertandingan seumpama itu bertepatan dengan usaha kerajaan melahirkan masyarakat berbilang kaum yang berjiwa besar dan bersemangat tinggi dalam mempertahankan warisan budaya.

Pertandingan Akhir Juara Carta Lagu Popular Kadazan musim ke-6 dimenangi penyanyi Kadazan Heidi Vanessa Maruning dan beliau menerima hadiah wang tunai RM3,000, piala dan sijil. Naib juara dimenangi Fanzi Ruji manakala Grace Ah Ting menduduki tempat ketiga.-Oleh Leolerry Lajius/SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan