Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Usaha rapatkan jurang pendidikan diperhebat

Pairin disambut oleh guru-guru daerah Tambunan. - foto Kalawon Sawing
Pairin disambut oleh guru-guru daerah Tambunan. – foto Kalawon Sawing

TAMBUNAN – Kerajaan menyediakan peruntukan yang besar bagi merapatkan jurang pendidikan selaras dengan agenda utama dalam meningkatkan kecemerlangan pelajar.

Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan berkata, bantuan persekolahan yang disediakan mampu memenuhi matlamat dalam memastikan semua sekolah dan murid mempunyai peluang dan keupayaan yang sama untuk mencapai kecemerlangan sama dalam bidang akademik mahupun kokurikulum.

“Peruntukan ini disediakan sama ada berbentuk biasiswa sepeti Biasiswa Kelas Persediaan Universiti, Skim Pinjaman Buku Teks, Bantuan Pakaian Seragam Sekolah, Bantuan Tambahan Persekolahan, Bantuan Awal Persekolahan, Bantuan Baucar Buku 1 Malaysia dan sebagainya,” katanya semasa berucap merasmikan Majlis Apressiasi Kecemerlangan Pejabat
Pendidikan Daerah Tambunan 2014 di Dewan Masyarakat di sini semalam.

Beliau berharap peruntukan daripada kerajaan dapat menjana kecemerlangan pendidikan di negara ini selaras dengan misi negara bagi melahirkan pelajar-pelajar dan modal insan yang mampu memartabatkan nama negara di persada antarabangsa.

Pairin juga berharap agar ibu bapa dan guru-guru dapat memberikan galakan dan semangat kepada pelajar untuk terus maju memandangkan kerajaan telah membelanjakan peruntukan. – oleh Kalawon Sawing / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan