Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,637

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Usaha pembangunan modal insan dan ICT

6:19am 27/11/2015 Leolerry Lajius 63 views Laporan Sidang DUN,Mutakhir,YB Datuk Siringan Gubat

KOTA KINABALU: Sebanyak RM234.96 juta telah diperuntukkan untuk membangun modal insan dan sebanyak RM82.16 juta telah disediakan bagi melaksanakan program berkaitan ICT.

Demikian ungkapan Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Datuk Siringan Gubat dalam ucapan penggulungan Bajet 2016 di persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam.

Bagi tujuan pembangunan modal insan Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM) akan meneruskan latihan kemahiran teknikal dan vokasional serta melaksanakan pelbagai program dalam bidang teknikal dan perdagangan, sektor perkhidmatan dan sektor perladangan.

“Kementerian saya melalui Sabah Job Centre turut mengendalikan Program Memperkasa Modal insan yang disasarkan kepada belia lepasan sekolah, siswazah dan pencari pekerjaan, “katanya.

Bagi tujuan pembangunan ICT, K-Rakyat: 1 Sabah One Contact Centre akan dilaksanakan pada tahun 2016 bagi memudahkan cara komunikasi orang awam dengan agensi kerajaan melalui konsep pusat panggilan setempat.

“Usaha untuk menambah bilangan Pusat e-Desa yang pada ketika ini berjumlah 30 buah juga akan terus dipergiatkan, “katanya.

Pada tahun 2016 Portal Technopreneur Online juga akan dibangunkan sebagai platform kepada usahawan tempatan mendapatkan informasi tentang teknologi dunia keusahawanan dan aktiviti-aktiviti berkaitan. –Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

 

iringan

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan