Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Usaha pelbagai pihak perlu untuk hayati rukun negara

GEMBIRA… Para peserta SMK Limbanak, Penampang muncul juara pertandingan itu menerima wang tunai berserta sijil penghargaan.

PENAMPANG : Usaha dan kerjasama berterusan dari pelbagai pihak diperlukan dalam usaha memupuk masyarakat untuk menghayati konsep Rukun Negara.

Pegawai Pendidikan Daerah Penampang, Mojuntin Ebin berkata usaha bersama ini penting kerana masyarakat kini​ kurang menghayati dan membudayakan prinsip-prinsip Rukun Negara khususnya para pelajar.

“Senario ini amat menyedihkan kerana golongan pelajar adalah pelapis kepimpinan negara kelak, selaras dengan Transformasi Nasional 2050 (TN50).

“Oleh itu, usaha ini bukan tanggungjawab individu sahaja tetapi juga tanggungjawab semua pihak untuk bersama-sama membentuk generasi yang berwibawa dan seimbang dari semua aspek,” katanya ketika berucap sempena majlis perasmian Pertandingan Sketsa Rukun Negara Kelab 1Malaysia di Dewan Malakun, SMK Limbanak, kelmarin.

Beliau berharap melalui penganjuran seperti itu dapat merealisasikan hasrat negara untuk memupuk semangat jati diri dan cintakan negara dalam kalangan masyarakat terutama golongan muda.

“Program itu dapat memberikan impak positif dalam kalangan generasi muda untuk memperkasakan semangat patriotisme, meningkatkan perpaduan kaum, integrasi nasional, membina perwatakan positif serta menyemarakkan lagi semangat setiawan.

“Kita dapat bersama-sama mengambil peluang melalui program ini​ untuk mengekal dan memelihara semangat perpaduan berteraskan prinsip rukun negara dalam diri kita dengan berinteraksi dan mempelajari sebanyak mungkin pengetahuan yang berkaitan.

“Kita perlu sedar bahawa apa jua tindakan kita walau sekecil manapun, ia tetap memberi kesan baik atau sebaliknya kepada seluruh lapisan masyarakat,” ujarnya.

Dalam pertandingan itu, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Limbanak, Penampang muncul johan keseluruhan menewaskan empat buah sekolah yang lain.

Manakala Kolej Tingkatan Enam, Kota Kinabalu​ sebagai​ naib johan,​ SMK Kolombong, Kota Kinabalu ketiga,​ SMK Mat Salleh Ranau tempat keempat ​dan SMK Tansau, Putatan, tempat kelima.​

SMK Limbanak, Penampang akan bertanding di peringkat negeri pada 25 April nanti bagi mewakili Bahagian Pantai Barat Selatan (PBS) yang diadakan di Kolej Tingkatan Enam, Kota Kinabalu.

Hadir sama Pegawai Penerangan Bahagian PBS, Peter Tong Ah Pin; Ketua Penolong Pengarah Bahagian Gerak Saraf dan Pengurusan Isu (GSPI), Ariffin Nordin dan Penolong Kanan Pentadbiran SMK Limbanak, Momin Awang Damit./Penerangan-

Mojuntin semasa ucapan perasmian.

 

Komen


Berita Berkaitan