Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Usaha Mencari Dan Menyelamat Mangsa Bot Karam Di Sabah Diteruskan

KOTA KINABALU : Usaha mencari dan menyelamat (SAR) lima lagi mangsa tragedi bot pelancong yang karam serta hilang di perairan Sabah, belum menemukan petunjuk baharu dalam operasi yang masuk hari ke-34, hari ini.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Sabah dan Labuan Laksamana Pertama Maritim Mohd Zubil Mat Som berkata sektor pencarian masih meliputi perairan Sabah, Miri (Sarawak) dan Brunei.

“Operasi pencarian melibatkan lapan aset iaitu tiga milik APMM, Tentera Laut Diraja Malaysia (satu), Pasukan Polis Marin (tiga) dan satu aset milik agensi keselamatan Brunei,” katanya dalam kenyataan Khamis.

Dalam tragedi 28 Jan lepas, bot pelancong jenis katamaran membawa 28 pelancong warga China dan tiga anak kapal, karam dipercayai akibat angin kencang dan ombak besar ketika dalam perjalanan ke Pulau Mengalum.

Setakat ini, 26 mangsa sudah dijumpai termasuk empat yang maut.

— BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan