Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,653

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Usaha menangani kes demam denggi melalui COMDEZ

10:19am 13/02/2016 Leolerry Lajius 35 views Tempatan
 Dr. Jiloris (Dua dari kanan) ketika melancarkan gimik perasmian majlis tersebut.-Gambar Oleh Jimmy Tan

Dr. Jiloris (Dua dari kanan) ketika melancarkan gimik perasmian majlis tersebut.-Gambar Oleh Jimmy Tan

KOTA KINABALU: Kes demam denggi di sekitar Kota Kinabalu tahun ini menunjukkan penurunan sebanyak 60% berbanding tahun lalu pada bulan yang sama.

Menurut Ketua Sektor Tibi/Kusta Bahagian Kawalan Penyakit KKM  Dr. Jiloris JF Dony, pada tahun ini sebanyak 93 kes demam denggi yang telah dikesan di sekitar Kota Kinabalu dan belum ada kes yang melibatkan kematian.

“Berdasarkan statistik ini, ia menunjukkan bahawa kes demam denggi di sekitar bandaraya ini didapati menurun dan pihak kami akan terus menjalankan usaha bagi mengawal dan menangani kes ini daripada terus meningkat melalui program-program yang akan dilaksanakan bersama masyaratkat,” katanya ketika sidang media sempena Majlis Pelancaran Ekosistem Kondusif Sektor Awam(EKSA) dan ‘Community Dengue Zero’ (COMDEZ) serta sambutan Tahun Baru Cina Klinik Kesihatan Inanam kelmarin.

Sementara itu, ketika berucap sempena majlis tersebut, beliau berkata EKSA telah memperkenalkan model penilaian dan pengauditan baru yang merangkumi kriteria genetik dan kriteria khusus serta turut mengambil kira kepelbagaian premis agensi kerajaan mengikut jenis-jenis perkhidmatan yang diberikan.

Tambah beliau, pelancaran COMDEZ yang merupakan satu usaha dari pihak Pejabat Kesihatan Kawasan Kota Kinabalu, bertujuan untuk menangani kes-kes demam denggi akan dilaksanakan sebaiknya.

“Diharapkan melalui pelaksanaan program ini, kesedaran mengenai kepentingan kerjasama daripada semua pihak dalam membendung penularan wabak denggi dapat diterapkan di dalam minda kita semua,”katanya.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan