Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Usaha memperkasakan wanita tanggungjawab bersama -Jainab

KOTA KINABALU: Usaha untuk memperkasakan wanita dalam pelbagai bidang dan kemahiran adalah tanggungjawab bersama dan bukan terletak di bahu sesetengah pihak sahaja.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, Datuk Jainab Ahmad Ayid berkata setiap individu harus sedar akan peranan dan tanggungjawab mereka dalam memperkasakan golongan wanita di negeri ini.

“Kita harus sedar bahawa kita bukan sahaja fokus kepada golongan wanita biasa bahkan kita juga harus fokus memperkasakan golongan wanita OKU, ibu tunggal dan sebagainya.

“Kesedaran itu penting dalam memperkasakan golongan ini sejajar dengan matlamat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada tahun ini iaitu memperkasakan golongan wanita.

Tambah Jainab, semua pihak harus bekerjasama dan bertoleransi dalam membantu meningkatkan taraf kehidupan golongan wanita di negeri ini.

“Bagi saya semua orang ada peranan masing-masing, oleh itu saya menggesa bahawa semua pihak boleh bekerjasama dan saling bantu membantu seterusnya dapat melahirkan golongan wanita yang perkasa dan berintergriti.

“Golongan wanita ini juga mempunyai potensi dalam meningkatkan kemahiran mereka dalam pelbagai bidang yang mereka ceburi oleh itu kerjasama yang erat amat penting dalam memperkasakan golongan ini.”

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Makan Malam Amal Bersama Ibu-ibu Tunggal Sabah (M.A.S) dan Majlis Ulang Tahun MAS kali ke-4 di Hotel Ming Garden, Kota Kinabalu, baru-baru ini.

Turut hadir Presiden  M.A.S, Suhaimi Buang.

Dalam majlis ini, sumbangan bernilai RM2000 turut diberikan kepada ibu-ibu tunggal di negeri ini.

M. A.S merupakan pertubuhan kebajikan dan pembangunan masyarakat anak Sabah yang di tubuhkan pada tahun 2014 bagi membantu masyarakat khususnya di negeri ini yang memerlukan bantuan dari segi kewangan mahupun bantuan tenaga kerja.

Setakat bulan ini sahaja, keahlian M.A.S dianggarkan hampir 3 ribu merangkumi Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan./SayangSabah

Jainab (dua dari Kiri) menyampaikan replika cek kepada wakil ibu tunggal sambil diperhatikan oleh Suhaimi (dua dari kanan). -Gambar Oleh Alex Mairin

Komen


Berita Berkaitan