Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,650

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Usaha memerangi jenayah dipertingkatkan

10:46pm 15/02/2016 Ann Vivien 14 views Isu Semasa,Tempatan
Douglas bersama pegawai dan anggotanya mencuba produk halia pada program itu.

Douglas bersama pegawai dan anggotanya mencuba produk halia pada program itu.

TAMBUNAN: Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) terus   mempergiatkan usaha  bagi memerangi jenayah terutama penyalahgunaan dadah di daerah ini.

Ketua Polis Daerah Keningau Deputi Supritendan Polis (DSP) Douglas Taong berkata, sehubungan dengan itu masyarakat setempat sentiasa memberi kerjasama kepada PDRM dalam mengekalkan keselamatan dan kesejahteraan daerah ini.

Katanya, masyarakat setempat dikehendaki menyalurkan apa-apa maklumat kepada pihak polis agar segala kegiatan jenayah dapat ditangani segera.

“Ini adalah amat penting kerana keanggotaan PDRM terhad dan tidak dapat menjangkau semua kawasan dalam satu-satu masa” katanya semasa menyampaikan taklimat keselamatan  pada Program Community Policing dan Jelajah Kampung di Kg. Tombotuon dekat sini pada Sabtu.

Justeru itu katanya, peranan masyarakat setempat terutama pemimpin-pemimpin masyarakat amat penting bagi menyalurkan maklumat berkaitan kegiatan jenayah seperti penyalahgunaan dadah dan sebagai yang berlaku di sekitar kampung masing-masing. -Oleh Kalawon Sawing/Sayangsabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan