Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,697

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Usaha membanteras samseng jalanan akan diteruskan

12:19pm 21/02/2016 Leolerry Lajius 59 views Jenayah,Tempatan
Antara motor yang disita ketika operasi tersebut.

Antara motor yang disita ketika operasi tersebut.

KOTA KINABALU: Sebanyak 19 keping saman Pol 257 dan 20 keping saman 170A dikeluarkan atas pelbagai kesalahan lalu lintas ketika Operasi Samseng Jalanan di jalan Coastal, Imago, Jalan Kepayan, Jalan Sulaman dan Jlan Lintas-Luyang yang dijalan sejak jam 11.00 malam semalam sehingga pagi tadi.
Operasi yang melibatkan seorang pegawai dan 14 orang anggota itu turut menyita sembilan buah motorsikal kerana melakukan kesalahan di bawah Seksyen 42 dan Seksyen 60 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan turut menahan seorang lelaki berusia 21 tahun kerana melakukan kesalahan di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Menurut Ketua Polis Daerah ACP M.Chandra, sebanyak 20 buah kenderaan telah diperiksa dan seramai 26 orang diperiksa dalam operasi tersebut.

“Walaupun aktiviti samseng jalanan di Kota Kinabalu agak aktif tetapi ianya masih terkawal dan memerlukan pemantauan berterusan bagi mencegah kegiatan ini dari teruis berleluasa,”katanya.

Semasa operasi tersebut M-CAD telah digunakan untuk pemeriksaan saman Sistem PDRM dan lesen memandu, cukai jalan dan pemilik kenderaan Sistem JPJ.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan