Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Usaha lahirkan belia minda kelas pertama

 Nizam (tengah) bersama tetamu yang hadir selepas Program Hari Belia 2015 di Kompleks Sukan Tawau. - foto Masani Sandan
Nizam (tengah) bersama tetamu yang hadir selepas Program Hari Belia 2015 di Kompleks Sukan Tawau. – foto Masani Sandan

TAWAU – Golongan belia perlu berusaha mengasah minda agar dapat melahirkan idea bernas dan berguna sebagai usaha memastikan negara terus berada di landasan betul dalam tempoh 10 tahun akan datang.

Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata, negara memerlukan generasi muda hari ini mampu membawa cabaran untuk meneraju kepimpinan pada masa akan datang.

“Tidak salah untuk golongan belia terus berseronok tetapi jangan lupa bahawa anda mempunyai tanggungjawab yang lebih besar kepada negara,” katanya ketika berucap merasmikan Program Hari Belia 2015 di Kompleks Sukan Tawau, di sini hari ini.

Menurutnya, kerajaan sentiasa menyediakan pelbagai peluang dan ruang untuk belia menonjolkan kebolehan dan kemahiran yang ada, namun semua itu perlu digunakan untuk mengasah diri menjadi pemimpin berkaliber.

Beliau berkata, golongan belia tidak perlu membazir masa dengan melakukan kegiatan tidak bermoral dan jenayah yang akhirnya memusnahkan diri sendiri. – oleh Masani Sandan / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan