Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,669

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Usaha ke arah mengembalikan kegemilangan sukan hoki

11:05pm 11/02/2016 Leolerry Lajius 55 views Tempatan
Tawfiq (Tengah) bersama Subahan (kiri) dan ahli jawatankuasa yang lain ketika kunjungan tersebut.-Gambar Oleh Alex Mairin

Tawfiq (Tengah) bersama Subahan (kiri) dan ahli jawatankuasa yang lain ketika kunjungan tersebut.-Gambar Oleh Alex Mairin

KOTA KINABALU:  Malaysia mensasarkan kedudukan kedudukan 10 terbaik dunia bagi sukan Hoki dalam masa empat tahun akan datang.

Menurut  Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) Datuk Seri Subahan Kamal, pelbagai pelan tindakan yang telah dirangka untuk mencapai sasaran tersebut bagi mengembalikan kegemilangan sukan hoki seperti dahulu yang berada di kedudukan ke-13 dunia ketika ini.

“Pada ketika ini Sabah mempunyai Pusat Latihan Daerah yang dibahagikan kepada tiga zon dan akan ditambah kepada 3 zon lagi sebagai usaha mengukuhkan lagi sukan ini,”katanya ketika melakukan kunjungan hormat kepada pihak Kementerian Belia dan Sukan Sabah di Wisma Muis pagi tadi.

Tambah beliau, pihaknya juga merancang akan menubuhkan Sekolah Projek yang akan dilaksanakan di Beaufort bagi mencungkil bakat-bakat baru dalam sukan ini.

Subahan juga berkata bahawa, Sabah merupakan negeri pertama yang dilawati oleh pihaknya bagi tujuan membincangkan pelan tindakan yang akan dilaksanakan bagi memperkukuhkan sukan hoki disamping turut memberikan keyakinan bahawa pasukan Hoki negara pasti akan layak ke piala dunia pada tahun 2018 dan sukan Olimpik pada tahun 2020.

Sementera itu, Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Hj. Tawfiq Abu Bakar Titingan menyokong penuh cadangan pelan tindakan yang dirangka oleh pihak MHC tersebut.

Menurut beliau, pelan tersebut merupakan pendekatan yang terbaik bagi mengembalikan kegemilangan sukan hoki di negeri ini amnya dan Malaysia khususnya.

“Pihak Kementerian Belia dan Sukan Sabah dan agensi di bawahnya akan memberikan kerjasama yang sebaik mungkin bagi tujuan ini,”katanya.

Beliau turut menambah, sistem liga juga akan mula dilaksanakan di setiap zon di negeri ini  sebagai langkah memperkukuhkan kemampuan sukan tersebut.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan