Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

KOMANDER ESSCOM: USAHA HAPUSKAN DOMINASI PATI BERNIAGA TANPA PERMIT

komander

LAHAD DATU, 5 Feb : Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) Datuk Abdul Rashid Harun berkata pihaknya sedang berusaha menghapuskan dominasi pendatang tanpa izin (PATI) yang menjalankan perniagaan tanpa permit dan menjual barang seludup di kawasan bandar.

“Dengan cara ini kita akan memberi ruang dan peluang kepada warga tempatan untuk menjalankan perniagaan,” katanya sempena lawatan warga akademik Universiti Malaysia Sabah (UMS) ke ibu pejabat Esscom di sini hari ini.

Abdul Rashid berkata beliau yakin dengan kerjasama semua pihak dan operasi bersepadu yang berterusan, usaha ke arah mewujudkan konsep ‘Bandar Selamat’ akan menjadi kenyataan.

“Berdasarkan slogan ‘membetulkan yang biasa dan membiasakan yang betul’ kami sedang bekerja ke arah ini dan berharap impian untuk menjadikan Esszone bandar selamat akan menjadi realiti dalam sedikit masa lagi.

“Apa yang penting semua pihak termasuk golongan pendidik, ahli politik dan perniagaan serta masyarakat setempat memberikan kerjasama sepenuhnya bagi mencapai misi murni ini,'” katanya.

Sementara itu Naib Canselor UMS Prof Datuk Dr Harun Abdullah menyatakan kekaguman dengan kesungguhan Esscom mengurus operasi secara holistik di Zon Selamat Timur Sabah (Esszone).

Beliau berkata Esscom memberi tumpuan bukan sahaja kepada penguatkuasaan tetapi juga mengambil kira isu yang berkaitan dengan ekonomi, sosial dan politik dalam setiap operasi.– BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan