Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Usaha Hapus Islam

china

Beijing: Kerajaan tempatan Xinjiang menawarkan pakej insentif termasuk bonus tahunan untuk

menggalakkan perkahwinan antara etnik dan fahaman agama berbeza di wilayah itu, kononya

untuk menggalakkan ‘integrasi harmoni.

Dasar itu yang diumumkan di daerah Cherchen menawarkan pakej hadiah istimewa etnik Uighur

yang beragama Islam yang berkahwin dengan kaum Han. Pakej itu merangkumi bayaran tahunan

10,000 yuan (RM5,200) untuk lima tahun pertama perkahwinan selain subsidi perumahan,

kesihatan dan pendidikan, menurut satu kenyataan di laman web pihak berkuasa tempatan daerah

berkenaan.

Akhbar New York Times turut melaporkan, pasangan terbabit akan diberi keutamaan dalam

permohonan mendapat perumahan dan jawatan sebagai kakitangan kerajaan, manakala anak hasil

perkahwinan seumpama itu juga mendapat keutamaan untuk memasuki sekolah vokasional serta

kolej selain subsidi tuisyen.

Timbalan setiausaha jawatankuasa Parti Komunis di Xinjiang, Yasen Nasi’er menyokong langkah

itu.

“Ia langkah ke arah memastikan integrasi harmoni dan pembangunan semua etnik,” katanya.

Bagaimanapun, cadangan berkenaan dikecam beberapa pihak yang menganggapnya sebahagian

usaha China untuk menghapuskan agama Islam dalam kalangan penduduk Uighur. – Agensi

Komen


Berita Berkaitan