Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,662

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Usaha guru mendidik pelajar satu pengorbanan yang mulia

6:36pm 13/05/2016 Leolerry Lajius 20 views Pendidikan,Tempatan
Musa(kiri) menyampaikan sumbangan tajaan kerajaan negeri Sabah sempen majlis berkenaan.

Musa(kiri) menyampaikan sumbangan tajaan kerajaan negeri Sabah sempen majlis berkenaan.

KOTA KINABALU: “Usaha gigih warga guru dalam mendidik insan merupakan satu pengorbanan yang mulia malah pemilihan tema hari guru pada tahun ini, ‘Guru Pembina Negara Bangsa’ amat bertepatan sekali dengan peranan guru sebagai penggerak utama proses transformasi pendidikan yang menjadi penentu kepada kejayaan negara.”

Demikian ungkapan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Musa Hj. Aman ketika berucap sempena perasmian Festival Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2016, di Dewan Kuliah Pusat ke-2 UMS, di sini, hari ini.

Menurut Musa, penganjuran karnival ini amat dialu-alukan sebagai menghargai para pendidik yang memainkan peranan besar dalam mendidik anak bangsa dan sebagai tunjang utama dalam memperkasa dan memajukan bidang pendidikan di negara ini.

“Saya percaya festival hari guru ini mampu berperanan melahirkan modal insan cemerlang khususnya buat rakyat negeri ini melalui pelbagai aktiviti berasaskan pendidikan dan interaksi dua hala di antara golongan pendidik dan masyarakat setempat di samping mempromosikan pelbagai potensi dan tarikan yang terdapat di negeri ini, “katanya.

Festival ini dianjurkan oleh Kumpulan Utusan untuk kali yang ke -8 dan buat pertama kalinya pada tahun ini ia dianjurkan di Sabah.

Festival ini yang diadakan sehingga 16 mei nanti turut dimeriahkan dengan pelbagai program seperti pameran, aktiviti di gerai utusan, studio penghias wajah, jualan, demonstrasi produk oleh penyamar serta jualan buku dan malajah. –Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan