Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,702

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Usaha Dekati Golongan Muda Terus Jadi Keutamaan UMNO – Musa Aman

12985341_1170132356352611_4852017896664576640_n

SANDAKAN : Usaha mendampingi golongan muda terus menjadi keutamaan UMNO bagi memantapkan sokongan kumpulan itu terhadap parti berkenaan, kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri Musa Aman.

Musa yang juga Ketua Menteri Sabah, berkata ia dilakukan menerusi sayap UMNO – Pemuda dan Puteri yang memainkan peranan mendekati golongan muda hingga ke peringkat akar umbi.

Beliau berkata pucuk pimpinan UMNO sentiasa meminta Pemuda dan Puteri turun padang mendekati orang muda termasuk menerusi pelaksanaan program yang memberi manfaat kepada golongan itu, antaranya peluang pendidikan dan pekerjaan.

“Sebagai contoh, program keahlian dan daftar pemilih penting bagi memastikan golongan muda menjadi ahli parti dan pengundi.

“Ia penting bagi memantapkan sokongan terhadap UMNO dan Barisan Nasional khususnya daripada golongan muda yang merupakan aset negara,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Keahlian dan Daftar Pemilih peringkat negeri anjuran Puteri UMNO Sabah di sini, hari ini.

Turut hadir, Naib Ketua Puteri UMNO Zahida Zarik Khan dan Ketua Puteri UMNO Sabah Normala Rasick.

Musa yang juga Anggota Majlis Tertinggi UMNO, menyifatkan Puteri UMNO Sabah telah bekerja keras membantu jentera parti dari segi keahlian dan usaha mendaftarkan golongan muda.

Katanya ia berdasarkan kepada pelaksanaan program hari ini yang berjaya mendaftarkan 4,150 individu menjadi anggota Puteri UMNO dan pemilih.

Terdahulu dalam ucapan perasmiannya, Musa mahu Puteri UMNO tidak takut dan bimbang untuk turun padang bagi mendekati golongan muda serta bertemu rakyat.

Katanya walaupun berdepan cabaran dalam melaksanakan program itu, mereka harus yakin bahawa Malaysia yang dipimpin Barisan Nasional mempunyai rekod baik dari segi membawa pembangunan untuk rakyat.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan