Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Usaha cegah masalah integriti dan rasuah di kalangan anggota penguatkuasa

IMG_0589KOTA KINABALU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengadakan pertemuan dengan agensi dan jabatan penguatkuasaan bagi membincangkan masalah penyeludupan di negara ini.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Mustafar Ali (gambar) berkata, perbincangan tersebut juga akan memberi tumpuan langkah pencegahan mengenai kegiatan segelintir anggota penguatkuasaan yang melindungi sindiket penyeludupan khususnya di sempadan negara ini.

“Perbincangan ini amat penting untuk memastikan setiap jabatan dan agensi penguatkuasaan di negara ini bebas daripada gejala rasuah,” katanya kepada pemberita pada sidang media selepas berucap di Forum Pemerkasaan Integriti di Auditorium Kompleks Perntadbiran Persekutuan di sini hari ini.

Antara pegawai kanan agensi dan jabatan yang terlibat dalam pertemuan yang diadakan di Ibupejabat SPRM, Putrajaya semalam ialah Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Kepenggunaan dan Koperasi, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Kastam dan Jabatan Imigresen.

“Pertemuan ini diharap dapat mencari jalan penyelesaian bersama dalam usaha mencegah masalah integriti dan rasuah di kalangan penguatkuasa,” katanya sambil menambah bahawa beberapa siri pertemuan lain akan diadakan dengan agensi dan jabatan lain pada masa akan datang.

“Hasil perbincangan itu akan dibawa kepada Ketua Setiausaha Negara untuk tindakan selanjutnya,” tambah beliau.

Turut hadir pada forum yang dianjurkan bersama oleh JBPM, SPRM dan Institut Integriti Malaysia (IIM) itu ialah Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Salleh Said Keruak, Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Mustafar Ali dan Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian Datuk Bolkiah Ismail yang mewakili Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.
– Oleh NUZIR ANDI SAMSIAR / Sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan