Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,740

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Usaha Budayakan Perpaduan Bukan Agenda Jangka Pendek, Bermusim – Musa

cm1-600x367

TAWAU : Usaha ke arah membudayakan perpaduan dalam hidup bermasyarakat bukan suatu agenda jangka pendek dan dapat dilaksanakan secara bermusim, kata Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman.

Beliau berkata sebaliknya, ia perlu disemai dan diamalkan dengan penuh kesedaran dan keikhlasan pada setiap masa termasuklah dalam institusi sosial, sistem pendidikan, media massa dan masyarakat.

“Rakyat di negeri ini juga jangan terpengaruh dengan tindakan tidak bertanggungjawab pihak tertentu yang cuba untuk menggugat kemajuan, kemakmuran dan keharmonian yang kita nikmati selama ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapan perasmian program Karnival Demi Negara, yang dibacakan oleh Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan di sini Ahad.

Musa berkata program seperti Karnival Demi Negara itu membantu kerajaan negeri untuk meningkatkan keselamatan dan memupuk semangat patriotisme dalam kalangan rakyat.

Katanya program anjuran Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) itu juga dapat menyumbang ke arah memelihara dan mengukuhkan lagi perpaduan, keamanan serta keharmonian rakyat di peringkat akar umbi.

“Sebab itu pelaksanaan karnival ini di seluruh daerah Sabah penting sebagai langkah awal membendung sebarang ancaman keselamatan,” katanya.

“Dalam konteks ini, rakyat berbilang kaum, agama dan budaya memainkan peranan penting memupuk semangat perpaduan dan keharmonian sesama kita dan menerusi semangat yang kukuh, sudah tentu nikmat keamanan, kesejahteraan dan kemakmuran akan terus terpelihara,” katanya.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan