Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

USAHA BEBASKAN ZAKIA MASIH DITERUSKAN, KATA PESURUHJAYA POLIS SABAH

zakiahhj

KOTA KINABALU, 8 Jan : Usaha untuk membebaskan anggota Pasukan Polis Marin, Konst Zakia Aliep, yang diculik dari sebuah resort di Semporna tahun lepas masih dijalankan, kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jalaluddin Abdul Rahman.

Jalaluddin berkaat usaha membebaskan Zakia masih diteruskan namun komunikasi antara kumpulan penculik berkenaan dengan isteri Zakia, Sharifah Erna Berson tidak lagi dibenarkan sekerap seperti sebelum ini kerana ia boleh mengganggu usaha pembebasan itu.

“Usaha memang dijalankan. Sepatutnya mereka sudah dibebaskan. Ingat masa pembebasan mangsa culik (Chan Sai Chuin) di Kunak tu? Rundingan memang dijalankan untuk membebaskan kedua-duanya.

Zakia sepatutnya dibebaskan pada 10 Dis tahun lepas bersama dengan penternak ikan di Kunak, Chan Sai Chuin, 32 tetapi hanya Chan seorang sahaja yang dibebaskan, katanya.

Jalaluddin berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis perhimpunan bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah di sini hari ini. Beliau mengulas mengenai perkembangan anggota polis berkenaan dan usaha membebaskannya daripada tangan kumpulan penculik.

Zakia, 27 diculik dari sebuah resort di Pulau Mabul pada 12 Julai lalu dipercayai oleh kumpulan penjenayah rentas sempadan Abu Sayyaf. Dalam kejadian  jam 11.10 malam itu, rakan Zakia, Kpl Ab Rajah Jamuan, 32, terbunuh terkena tembakan kumpulan penjayah lapan anggota itu.

Chan pula diculik dari sebuah ladang ternakan ikan di Kunak pada 16 Jun sebelum dibebaskan pada 10 Dis tahun lalu.

Terdahulu dalam ucapannya, Jalaluddin berkata indeks jenayah kontinjen Sabah menurun 7.08 peratus pada tahun lalu iaitu daripada 3,321 kes pada tahun 2013 berbanding 3,086 kes pada tahun 2014.

Katanya pada tahun lalu, polis berjaya menyelesaikan 2,564 atau 49.19 kes daripada keseluruhan kes yang disiasat pada tahun itu berbanding 48.32 peratus atau 2,789 kes daripada jumlah kes yang disiasat pada tahun 2013. –BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan