Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Usaha bawa keluar rakyat Malaysia dari Yemen dengan selamat

Anifah Aman (tengah) menyerahkan watikah pelantikan kepada Duta Besar Malaysia ke Korea Utara, Mohamad Nizan Mohamad. - foto Jimmy Tan
Anifah Aman (tengah) menyerahkan watikah pelantikan kepada Duta Besar Malaysia ke Korea Utara, Mohamad Nizan Mohamad. – foto Jimmy Tan

KOTA KINABALU – Malaysia akan mencari jalan terbaik untuk mengeluarkan rakyatnya dari Yemen ekoran ancaman keselamatan disebabkan konflik politik yang berlaku di negara tersebut sejak beberapa bulan lalu.

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata, pihaknya telah berbincang dengan kedutaan Yemen untuk mencari kaedah paling selamat bagi membawa rakyat Malaysia keluar dari negara bergolak itu dengan selamat.

“Oleh kerana cara pengangkutan udara mempunyai masalah tersendiri, kita mungkin memikirkan laluan udara. Majoriti rakyat Malaysia yang berada di empat wilayah di Yemen adalah pelajar kita dan semua mereka yang kita hubungi selamat.

“Usaha akan kita teruskan, saya fikir Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Mohd. Tajuddin Abdullah kini berada di Arab Saudi untuk cuba selaraskan jalan terbaik bagi membawa keluar rakyat kitadengan selamat,” katanya ketika diminta mengulas mengenai konflik di Yemen dan keadaan rakyat Malaysia di negara bergolak itu.

Terdahulu, beliau menyampaikan watikah pelantikan dan sijil KPI kepada lima Ketua Perwakilan Malaysia yang akan menjalankan tugas selaku Ketua Perwakilan dalam satu majlis, di sini hari ini.

Anifah berkata, jumlah keseluruhan rakyat Malaysia yang mendaftar di kedutaan negara ini di Yemen ialah seramai 264 orang.

Sehubungan itu, Anifah menggalakkan rakyat Malaysia di luar negara supaya mendaftar di pejabat kedutaan negara bagi membolehkan dan memudahkan mereka dihubungi. – oleh Sitti Nor Azizah Talata / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan