Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Usaha basmi keciciran pendidikan dipertingkat

 Abdul Ghani  menyampaikan bantuan program Back To School kepada salah seorang pelajar di kampung Menawo Ulu.
Abdul Ghani (dua dari kanan) menyampaikan bantuan program Back To School kepada salah
seorang pelajar di kampung Menawo Ulu.

KENINGAU – Program Membantu Rakyat (Membara) mampu meringankan beban terutama golongan kurang bernasib baik, selain membantu keperluan rakyat mengikut keutamaan termasuk setiap kali kembali ke sekolah.

Ketua UMNO Bahagian Pensiangan, Datuk Abdul Ghani Datuk Yasin berkata, menerusi program itu lebih ramai ibu bapa menyedari kepentingan pendidikan sebagai aset perubahan masyarakat selain memastikan usaha membasmi keciciran pendidikan diteruskan.

“Kita yakin usaha berterusan kerajaan Barisan Nasional (BN) adalah demi memastikan tidak ada penduduk tercicir dari arus pmbangunan termasuk pendidikan di luar bandar,” katanya ketika berucap merasmikan program Membara ‘Back To School” anjuran Biro pendidikan UMNO Pensiangan di Dewan Gerakan Daya Wawasan (GDW) Kampung Menawo Ulu, di sini hari ini.

Dalam majlis itu, beliau turut menyampaikan bantuan beg dan kelengkapan sekolah kepada lebih 20 pelajar kurang berkemampuan untuk persiapan menjelang hari persekolahan yang dijadualkan pada 12 Januari depan.

Abdul Ghani berkata, semua golongan mempunyai peluang untuk mencapai kejayaan, justeru segala usaha kerajaan harus di sambut baik dan diterjemah dalam bentuk kejayaan dalam semua sektor termsuk bidang pembangunan pendidikan.

Katanya, pelbagai usaha dan program dianjurkan melalui aktiviti program membara yang diadakan bertujuan memajukan idealogi serta pembangunan sosioekonomi rakyat luar bandar dalam
meningkatkan taraf hidup mereka. – oleh Kalawon Sawing / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan