Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

USAHA BASMI DADAH DALAM KAMPUS

Peserta program ‘Tomorrow’s Leaders’ anjuran Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Kota Kinabalu bergambar bersama pegawai AADK selepas menjayakan program. Gambar SNT/Ehsan AADK Kota Kinabalu

KOTA KINABALU: Seramai 31 orang penuntut Universiti Kolej Yayasan Sabah (UCSF) menyertai program ‘Tomorrow’s Leaders’ anjuran Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Kota Kinabalu, kelmarin.

Ketua Pegawai AADK Daerah Kota Kinabalu, Lawrence Galleh berkata tujuan utama program ini dianjurkan bersama UCSF adalah untuk meningkatkan kesedaran dikalangan warga IPT mengenai bahaya dadah dan usaha pencegahan bersama agar mereka mengambil tanggungjawab dalam konteks pencegahan dadah.

“Kita juga bermatlamat untuk memastikan pelajar dan warga di IPT ini mempunyai pengetahuan, kesedaran dan kemahiran mengenai gaya hidup sihat tanpa dadah agar bersama dapat mewujudkan kampus bebas dadah.

Peserta program ‘Tomorrow’s Leaders’ sedang menjalani aktiviti yang disediakan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Kota Kinabalu. Gambar SNT/Ehsan AADK Kota Kinabalu

“Selain dari itu, pihak AADK Kota Kinabalu juga secara tidak langsung akan menjadikan penuntut IPT ini untuk mendaftar menjadi ahli SKUAD AADK yang proaktif dan berketerampilan serta memberikan pengetahuan kesedaran dan pendidikan pencegahan bahaya dadah di kalangan penuntut dan warga kampus dan juga di luar kampus,” katanya dalam satu kenyataan.

Program selama sehari itu diisi dengan ceramah pendidikan pencegahan dadah yang disampaikan oleh pegawai kaunseling AADK, latihan dalam kumpulan dan Omnipresence iaitu edaran risalah kempen pencegahan dadah oleh peserta program kepada seluruh warga UCSF.

Peserta program ‘Tomorrow’s Leaders’ mendengar ceramah dalam oleh pegawai Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Kota Kinabalu. Gambar SNT/Ehsan AADK Kota Kinabalu

Program Tomorrow’s Leaders yang merupakan program KPI tahunan AADK Kota Kinabalu ini dijayakan oleh enam orang pegawai. -SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan