Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,653

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Usaha banteras pemandu mabuk, elak kemalangan berlaku

11:33pm 07/02/2016 Leolerry Lajius 210 views Jenayah,Tempatan
Anggota polis ketika operasi tersebut.

Anggota polis ketika operasi tersebut.

KOTA KINABALU: Seramai lima orang pengguna jalan raya dibawa ke Balai Trafik IPD Kota Kinabalu kerana didapati mengambil alkohol mebihi had yang ditetapkan di bawah Seksyen 45A Akta Pengangkutan Jalan 1987 ketika OP Mabuk awal pagi tadi.

Operasi yang dibuat di Jalan Costal dengan kekuatan seorang pegawai dan 15 anggota itu juga mengeluarkan 8 saman Pol 257 dan 16 saman 170A.

Menurut Ketua Polis Daerah ACP M.Chandra, sebanyak 32 kenderaan dan seramai 40 orang yang diperiksa ketika operasi tersebut.

“Usaha akan diteruskan bagi mengesan pemandu yang memandu di bawah pengaruh alkohol lantas dapat mencegah kemalangan maut,”katanya. –Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan