Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Usaha Banteras Dadah Perlu Kolektif Sebelum Jadi Ancaman Negara – Najib

banterasdadah

JOHOR BAHARU: Usaha membanteras penyalahgunaan dadah perlu ditangani secara kolektif oleh semua pihak untuk mengelaknya menjadi lebih buruk dan membawa ancaman keselamatan kepada negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib, yang juga Penaung Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) Kebangsaan, berkata di negara-negara tertentu, kartel dadah wujud hingga mempunyai angkatan bersenjata yang turut melakukan jenayah kejam lain seperti pembunuhan.

“Kalau tidak ditangani dengan berkesan, dadah akan merebak daripada satu ancaman bersifat sosial kepada sesuatu yang boleh kita sifatkan sebagai ancaman keselamatan dan akhirnya boleh menjadi pemusnah ketamadunan negara,” katanya ketika berucap merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan Pemadam ke-39 di sini, malam ini.

Turut hadir Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang juga Penaung Pemadam Johor dan Yang Dipertua Pemadam Kebangsaan Datuk Wira Mohd Johari Baharum.

Sambil melahirkan kesyukurannya bahawa Malaysia tidak mencapai tahap buruk hingga mempunyai kartel dadah seperti sesetengah negara, Najib mengingatkan betapa pentingnya usaha gigih secara kolektif dan tersusun di semua peringkat bagi menangani masalah dadah daripada menjadi lebih serius.

Perdana menteri berkata usaha menangani masalah penyalahgunaan dadah perlu bermula dari keluarga dengan menerapkan kefahaman dan peranan anggota keluarga dalam menangani masalah itu

“Kalau perlu kasih sayang, tunjukkanlah kasih sayang tetapi janganlah terlalu memanjakan anak sehingga anak tidak hormatkan kita,” kata Najib.

Selain itu, Najib berkata sekolah perlu menitikberatkan pendidikan mengenai bahayanya dadah yang boleh merosakkan akidah.

Beliau turut mencadangkan Kementerian Dalam Negeri mewujudkan Akta Daun Ketum berikutan seriusnya masalah penyalahgunaan daun ketum di negara ini sekarang.

Dalam pada itu, Najib akan mempertimbang dana tahunan bagi Pemadam untuk mempertingkat usaha membasmi penyalahgunaan dadah di Malaysia.

Beliau kemudian melancarkan Pelan Tindakan Strategik Pemadam Johor.

Kira-kira 1,600 pewakilan Pemadam dari seluruh Malaysia dijangka menghadiri perhimpunan itu esok.

Komen


Berita Berkaitan