Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Usaha atasi lambakan PATI diteruskan

Ucapan Azis mendapat sambutan positif. Gambar oleh SNT

KOTA KINABALU: Operasi besar-besaran memburu pendatang tanpa izin (PATI) di seluruh negara oleh Jabatan Imigresen akan diteruskan kerana ia melibatkan kepentingan awam.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Azis Jamman berkata, pihaknya mengakui berlaku lambakan di pusat penahanan yang menempatkan PATI.

“Saya telah meminta untuk diadakan kajian mengenai perkara ini sebab saya difahamkan terdapat lambakan di pusat penahanan sementara yang sudah tidak dapat menampung jumlah PATI,” katanya ketika ditemui pemberita selepas melawat mangsa kebakaran di Dewan Serbaguna Likas, di sini semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas lambakan warga asing di negara ini yang masih berlaku meskipun pelbagai tindakan telah diambil oleh pihak berkuasa termasuk Operasi Mega oleh Jabatan Imigresen.

Dalam perkembangan sama, Azis berkata, cadangan untuk membuka pusat tahanan baharu juga masih dalam peringkat perbincangan. – SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan