Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Usah terpengaruh kritikan terhadap PM

 

Program Membara UMNO Bahagian Batu Sapi sempena Ramadan.
Program Membara UMNO Bahagian Batu Sapi sempena Ramadan.

SANDAKAN – UMNO Bahagian Batu Sapi yakin Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai kewibawaan dan sentiasa terbuka menerima pandangan serta kritikan dalam memantapkan pentadbiran termasuk dasar negara.

Ketuanya, Datuk Samsudin Yahya berkata, dengan keterbukaan itu dasar lebih baik dan berkesan dapat dilaksanakan demi masa depan negara yang lebih terjamin.

Sehubungan itu beliau menyeru, rakyat kawasan itu agar memberi kepercayaan penuh kepada kepimpinan sekarang ini untuk meneruskan agenda transformasi dalam memastikan kelangsungan hidup rakyat dengan lebih efisien.

“Dalam sebuah negara demokrasi, setiap orang berhak memberi pandangan dan kritikan. Walau bagaimanapun dalam memberi pandangan kita perlu adil dan objektif.

“Beberapa isu yang diutarakan seperti 1MDB sedang diaudit dengan teliti oleh Ketua Audit Negara dan seperti yang dinyatakan oleh Perdana Menteri jika ada mana-mana pihak yang didapati bersalah, pihak berkuasa perlu mengambil tindakan tegas tanpa mengira pangkat dan
kedudukan,” katanya ketika berucap merasmikan Program Penyerahan Sumbangan Kebajikan kepada golongan asnaf daripada Jawatankuasa Kebajikan Puspanita Daerah Sandakan, di sini semalam.

Menurut Samsudin, rakyat tidak seharusnya terpengaruh dengan apa yang diperkatakan dalam media sosial kerana Najib sendiri telah membuktikan ketokohannya untuk semua rakyat dengan pelbagai pembaharuan dilaksanakan termasuk mentransformasikan pentadbiran dan ekonomi negara.

Selama tempoh tersebut katanya, negara memperolehi pengiktirafan di peringkat antarabangsa melalui langkah-langkah pembaharuan dan reformasi fiskal dan pengukuhan ekonomi Malaysia. – SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan