Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,696

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Usah terpedaya muslihat penubuhan parti Tun M

7:16pm 05/08/2016 Pak Roshan 286 views Mutakhir,Politik
BEKAS Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad (kiri) dan Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak. - Foto NSTP/BERNAMA

BEKAS Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad (kiri) dan Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak. – Foto NSTP/BERNAMA

BALING: Ahli UMNO khususnya di peringkat akar umbi perlu bijak menilai agenda penubuhan parti baharu yang dipelopori Tun Dr Mahathir Mohamad, supaya tidak terperangkap dengan muslihat diatur.

Bendahari UMNO, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak, berkata ia berikutan keyakinan pihaknya bahawa kumpulan diterajui bekas Perdana Menteri itu akan cuba meraih sokongan dengan mempengaruhi pemimpin, khususnya di peringkat Bahagian dan Cawangan.

“Rakyat Malaysia dan ahli UMNO khususnya diyakini cerdik dan sudah pasti mampu menilai dengan melihat motif perjuangan mereka (kumpulan Mahathir) untuk menubuhkan parti baharu.

“Cuba buat perbandingan ketika mereka berada dalam parti dan di luar parti. Apa yang diperkatakan dan diperjuangkan mereka langsung tidak konsisten,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Baling 2016 di Dewan Tuanku Permaisuri Hajah Haminah di Kolej Universiti Insaniah (KUIN) di sini, hari ini.

Yang turut hadir Ketua UMNO Bahagian Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dan Ketua Wanita UMNO Bahagian Baling, Datuk Dr Mashitah Ibrahim.

Beliau yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia, mengakui usaha meraih sokongan oleh penyokong Mahathir dilakukan sebilangan kecil pihak yang sememangnya tidak jemu mahu berkuasa.

Malah, beliau yakin kumpulan itu tidak akan berpuas hati sehingga mendapat kuasa yang diidamkan.

“Kita sebagai ahli UMNO perlu sedar apabila ada pihak menyerang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, ia sebenarnya menyerang UMNO,” katanya. – BH Online

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan