Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

`Usah risau, saya akan terus berkhidmat selaku MP Ranau’ : Ewon

Datuk Dr. Ewon Ebin.
Datuk Dr. Ewon Ebin.

KOTA KINABALU – Bekas Menteri Menteri Sains Teknologi dan Inovasi (Mosti), Datuk Dr. Ewon Ebin, menjelaskan meskipun digugurkan daripada Kabinet Persekutuan, beliau akan tetap fokus menabur berbakti kepada rakyat.

Selaku Ahli Parlimen Ranau, beliau memberitahu, rakyat telah memilih beliau dan tugas serta tanggungjawab tersebut perlu dipikul sebaik mungkin.

“Usah risau, khidmat terhadap penduduk Ranau akan tetap menjadi keutamaan saya selaku Ahli Parlimen.

“Terima kasih atas sokongan semua pihak selama ini khususnya penduduk Ranau,” ujarnya dalam kenyataan ringkas beliau yang dihantar menerusi khidmat pesanan ringkas, di sini hari ini.

Selain Ewon, turut digugurkan daripada Kabinet Persekutuan ialah bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal.

Rombakan Kabinet tersebut diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, petang tadi. – oleh Sitti Nor Azizah Talata / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan