Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Usah ragui bantuan dijanji untuk mangsa gempa bumi

gemparanau

KOTA KINABALU – Bantuan yang telah diluluskan dan dijanjikan oleh kerajaan negeri dan Pusat bagi meringankan beban mangsa gempa bumi di daerah Ranau tidak perlu diragui.

Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat negeri, Datuk Siringan Gubat berkata, apa yang telah dijanjikan oleh kerajaan itu sebahagiannya telah pun dilaksanakan secara berperingkat.

“Misalnya, kerja pembaikan kerosakan sekolah-sekolah akibat gempa sedang dilakukan oleh kontraktor. Ada juga kerja pembaikan yang memakan masa, misalnya pembinaan masjid yang menelan belanja RM8 juta seperti diluluskan oleh kerajaan Pusat.

“Kemententerian Kesihatan juga akan memberi peruntukan untuk membaiki bangunan kuaters dan Hospital Ranau, selain beberapa bangunan lain seperti balai polis,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penganugerahan Sijil Tamat Latihan Institut Latihan Teknik dan Perdagangan (ILTP) Sesi 1/2015, di sini hari ini.

Daerah Ranau dilanda gempa bumi bermagnitud 5.9 skala Richter pada 6 Jun lalu diikuti beberapa gegaran susulan selepas itu telah menyebabkan berlaku kerosakan bangunan kerajaan termasuk sekolah, hospital dan balai polis.

Siringan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paginatan berkata, pihaknya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang memberikan sumbangan kepada mangsa gempa bumi dan banjir lumpur di daerah itu.

Katanya, bantuan kerajaan negeri yang lain disalurkan melalui jawatankuasa bencana alam negeri dan daerah di Ranau, Kota Belud dan Tuaran.

Jelasnya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri telah mengumumkan RM10 juta untuk pembaikan semula kerosakan Gunung Kinabalu semasa lawatan beliau ke Ranau baru-baru ini.- oleh Sitti Nor Azizah Talata / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan