Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Usah percaya khabar angin keselamatan di Sabah – Polis

khabar angin sabah

KOTA KINABALU: Polis meminta rakyat negeri ini tidak mudah mempercayai khabar angin yang tersebar di laman sosial kononnya keadaan keselamatan di Sabah, khususnya di pantai timur terjejas.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman, berkata keadaan keselamatan di seluruh negeri ini, termasuk di pantai timur adalah aman, damai dan dalam keadaan terkawal.

“Mohon masyarakat dan rakyat Sabah jangan dengar berita palsu yang sengaja dibuat untuk menakutkan orang ramai.

“Pihak agensi keselamatan mampu untuk mengawalnya jika berlaku apa juga kemungkinan,” katanya menerusi kenyataan di sini, sebentar tadi.

Beliau mengulas mengenai penyebaran khabar angin di laman sosial dan aplikasi WhatsApp kononnya keadaan keselamatan di Sabah terancam, selain dakwaan bakal berlaku lagi pencerobohan di pantai timur negeri ini

Komen


Berita Berkaitan