Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Usah keterlaluan berbelanja

Ramlee melihat bubur lambuk dibungkus.
Ramlee melihat bubur lambuk dibungkus.

SEMPORNA – Umat Islam diingatkan supaya tidak boros serta mengelakkan pembaziran ketika berpuasa dan menyambut perayaan Aidilfitri.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bugaya, Datuk Ramlee Marhaban berkata, sikap berjimat-cermat itu sebenarnya bergantung kepada diri masing-masing dan hanya mereka yang menentukan berapa banyak wang akan dibelanjakan.

“Keputusan (berbelanja) kita bukan keputusan sesiapa. Itu satu perkara kerana duit ini kalau nak ikut belanja tak pernah cukup, tapi kalau tahu berjimat cermat maka perbelanjaan tidak jadi keterlaluan dan mungkin tidak akan menjadi satu beban,” katanya ketika Program Bubur Lambuk anjuran Kolej Komuniti Cawangan Semporna di Dewan Terbuka Kampung Seraya Semporna, di sini semalam.

Ramlee yang juga Pembantu Menteri Kewangan negeri berkata, pada bulan Ramadan, kebiasaannya orang ramai memerlukan wang yang banyak kerana pada masa itu pelbagai perbelanjaan dikeluarkan sama ada untuk membeli makanan, baju, kuih dan membantu orang miskin. – SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan