Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

UPSR: Hadiah seekor lembu menanti

upsr

BESUT: Hadiah seekor lembu untuk dibuat kenduri menanti mana-mana sekolah di Hulu Besut

jika lebih 15 pelajarnya mencatat keputusan cemerlang 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah

Rendah (UPSR).

Ahli Dewan Undangan Negeri Hulu Besut, Nawi Mohamad, berkata hadiah itu sebagai insentif

kepada pihak sekolah bagi melahirkan murid yang bersungguh-sungguh dalam menduduki UPSR

bermula hari ini.

“Mana-mana sekolah yang mampu mencapai lebih 15 orang memperoleh keputusan 5A boleh

mendapatkan hadiah itu daripada saya sebaik sahaja keputusan dikeluarkan sebelum cuti akhir

tahun nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pelajar Tahun Enam dan guru Sekolah Kebangsaan Alor Keladi

dalam satu perhimpunan sebelum pelajar berkenaan memasuki dewan peperiksaan hari ini.

Sejumlah 3,171 calon daripada 55 sekolah di daerah Besut menduduki UPSR kali ini. –

BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan