Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

UPSR akan dikekalkan: Muhyiddin

upsr

PUTRAJAYA: Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) akan terus dikekalkan bagi mengukur

kemampuan murid selepas enam tahun berada di sekolah rendah, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata, langkah itu bagi membolehkan pihak sekolah menilai

sejauh mana murid terbabit sudah menerima ilmu pengetahuan yang diajar guru dan bagaimana

pencapaian mereka bagi mata pelajaran utama.

“Jadi peperiksaan ini akan terus kita kekalkan dan apa pun keputusan mereka akan naik ke

Tingkatan Satu malah ibu bapa pun ingin tahu setakat mana pencapaian anak mereka.

“Atas sebab itu kita teruskan dasar yang sudah lama kita laksanakan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas meninjau persediaan murid Sekolah Kebangsaan Putrajaya

Presint 16 (2) menduduki UPSR sebentar tadi.

Seramai 472,853 calon dari 8,384 buah sekolah di seluruh negara menduduki UPSR yang bermula

hari ini.

Muhyiddin turut mengucapkan selamat maju jaya kepada murid yang menduduki peperiksaan ini

dan berharap mereka akan fokus kepada soalan yang disediakan.

“Banyakkan berdoa supaya cita-cita murid-murid tercapai dan kejayaan yang cemerlang itu akan

berhasil,” katanya.

Komen


Berita Berkaitan