Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,654

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

UPPM sedia membantu SMK Tulid

11:39am 05/01/2016 Ann Vivien 51 views Pendidikan,Tempatan
 Ellron bersama dengan pengurusan sekolah berkenaan dan dua pengawai dari PPD Keningau meninjau kawasan bangunan asrama sekolah itu

Ellron bersama dengan pengurusan sekolah berkenaan dan dua pengawai dari PPD Keningau meninjau kawasan bangunan asrama sekolah itu

KENINGAU: Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Sook bersedia membantu menyediakan kelengkapan pelajar asrama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tulid, Sook kira-kira 50 kilometer dari sini bagi mengatasi masalah kekurangan kelengkapan asrama sekolah itu.
Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Datuk Ellron Alfred Angin berkata, pada ketika ini pihaknya sedang menunggu laporan penuh dari pihak pengurusan sekolah tersebut dan sekiranya laporan penuh siap  kelengkapan berkaitan akan dihantar dengan segera agar pelajar asrama itu dapat tinggal dalam keadaan selesa.
“Sebaik sahaja kita menerima laporan daripada pengurusan sekolah bantuan berkaitan akan disalurkan secepat mungkin” katanya kepada media  selepas melawat sekolah tersebut bersama dua pegawai dari Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Keningau pada pagi Isnin.
                              
Pada masa sama,  Ellron yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sook mencadangkan kepada pihak kerajaan  agar dapat menaiktaraf asrama di sekolah itu dengan memberi kelengkapan yang lebih baik.
“Diharapkan ada tindakan menaiktaraf bangunan asrama ini memandangkan sebahagian strukturnya kian usang dan memerlukan pembaikkan dan kelengkapan berkaitan” jelasnya.   Tamat/-
Sementara itu katanya, pihak pengurusan sekolah berkenaan telahpun menghantar laporan penuh kepada  PPD Keningau mengenai kejadian itu dan berharap tindakan segera dapat diambil dalam menangani masalah tersebut.-Oleh Kalawon Sawing/Sayangsabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan