Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,823

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

UPPM menjadi mata, telinga dan mulut kerajaan

6:34pm 31/10/2016 Leolerry Lajius 47 views Kota Kinabalu,Tempatan,YAB Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman

KOTA KINABALU: Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) diseru agar sentiasa memberi penerangan serta menangkis segala tohmahan yang dilemparkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Musa Hj. Aman berkata, UPPM memainkan peranan yang penting dalam membantu kerajaan melaksanakan tanggungjawab dan sentiasa menjadi mata, telinga dan mulut kerajaan.

“Selama ini, UPPM telah banyak membantu kerajaan dalam menyampaikan dasar-dasar kerajaan kepada rakyat dan telah melaksanakan tugas dengan baik bagi mendekati rakyat di peringkat akar umbi,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan sempena Majlis Makan Malam UPPM, di sini, semalam.

Beliau juga menyeru agar UPPM sentiasa turun padang bagi melihat permasalahan yang dihadapi oleh rakyat dan mencari jalan penyelesaian yang sewajarnya.

“Seperti yang selalu saya tekankan, turun padang sudah menjadi budaya dan cara kita dalam usaha untuk melihat sendiri permasalahan yang dihadapi oleh rakyat dan mencari penyelesaian setiap masalah berkenaan,”katanya.

Musa turut menyatakan bahawa masyarakat di negeri ini merupakan contoh terbaik dalam memperlihatkan semangat satu Malaysia yang sebenar.

“Sabah menjadi role model yang terbaik dalam memperlihatkan semangat 1Malaysia kerana walaupun kita terdiri daripada pelbagai masyarakat dan kepercayaan tetapi kita tetap hidup dalam suasana aman dan harmoni,”katanya.-Oleh Leolerry Lajius/SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan