Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,669

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

UPKO yakin kerusi DUN N.33 dapat ditawan semula

10:49pm 15/02/2016 Ann Vivien 51 views Politik,Tempatan
 Justin (depan tiga dari kiri) menerima borang keahlian Upko daripada Robert.

Justin (depan tiga dari kiri) menerima borang keahlian Upko daripada Robert.

KENINGAU: United Pasokmomogun Kadazandusun Murut (UPKO) Bahagian Keningau yakin kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.33 Bingkor mampu ditawan semula pada Pilihanraya Umum ke 14 (PRU14) akan datang.

Ketuanya Datuk Justin Guka berkata, berdasarkan kepada sokongan ahli-ahli parti Upko yang masih kuat kepada Barisan Nasional (BN), sudah tentu kerusi DUN Bingkor dapat ditawan semula BN.

Katanya, Upko bahagian ini meletakkan keyakinan itu kerana sokongan rakyat di kawasan melalui parti-parti komponen yang lain  semakin bertambah walaupun pada PRU13 lepas ada yang tersasar sedikit.

Walau bagaimanapun katanya, dalam soal pemilihan calon pada PRU14 akan datang pucuk pimpinan hendaklah mendengar suara dan pandangan daripada akar umbi siapa yang diketengahkan sebagai calon.

“Ini kerana  suara dan pandangan diperingkat akar umbi khususnya bahagian dalam mengemukakan nama calon  dibuat berdasarkan penelitian daripada pelbagai sudut. Walaupun pada hakikatnya keputusan meletakkan calon dibuat oleh pucuk pimpinan parti tetapi suara dan pandangan rakyat diperingkat  akar umbi perlu juga diambil perhatian” katanya ketika ditemui selepas perasmian Cawangan Upko Kg. Tuarid Liawan Keningau pada Ahad. -Oleh Kalawon Sawing/Sayangsabah

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan