Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

UPKO TUARAN NAFI TERLIBAT PEMBERIAN KAD PENGENALAN KEPADA WARGA ASING

Tiga sayap Upko Tuaran bergambar di hadapan balai polis Tuaran selepas membuat laporan polis tadi.Gambar SNT/Ehsan Upko Tuaran

TUARAN: Upko Tuaran hari ini menafikan dakwaan yang tular di sosial media mengaitkan pemimpin Upko dengan borang yang kononnya untuk pemberian kad pengenalan kepada pendatang asing.

Tiga sayap bahagian itu – Pemuda, Wanita dan Komulakan – membuat laporan polis di ibupejabat polis daerah meminta polis menyiasat dalang disebalik pencetakan borang-borang tersebut.

Ketua Pemuda Upko Tuaran, Charles Jauti, Ketua Wanita, Misnah Rambanao dan pemangku Ketua Komulakan, Janysius Sipan bersama dengan ahli masing-masing turut meminta polis menyiasat motif pengedaran borang tersebut.

Mereka juga meminta polis menyiasat apakah niat pihak tertentu ini untuk mengaitkan kepimpinan Upko seperti Timbalan Ketua Menteri dan Menteri Pembangunan Luar Bandar.

“Tuduhan ini amat berat maka itu kami meminta pihak polis untuk menyiasat dan mencari dalang supaya hukuman yang setimpal akan dapat dikenakan,” kata mereka.-SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan