Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

UPKO TUARAN KINI PALING BESAR ANTARA 26 BAHAGIAN PARTI

Tangau menerima borang permohonan keahlian daripada bekas ahli MCA Tuaran dan pemimpin masyarakat setempat di Dewan Tun Hamdan, Tamparuli pagi tadi. Gambar SNT/Ehsan Upko Tuaran

TAMPARULI: Upko Tuaran kini menjadi bahagian paling ramai ahli antara 26 bahagian parti itu di seluruh negara dengan jumlah ahli berdaftar seramai 18,147.

Angka itu dicapai apabila seramai 1,362 orang menyerahkan borang keahlian sempena majlis perasmian Mesyuarat Agung Tritahunan (MAT) Upko Tuaran oleh Pemangku Presiden Datuk Seri Wilfred Madius Tangau di Dewan Masyarakat Tun Hamdan di sini, hari ini.

Antara mereka yang menyerahkan borang adalah 200 orang bekas ahli MCA Tuaran yang di ketuai oleh bekas Setiauasaha bahagian MCA, Chung Mea Shun serta Kapitan Teo Shun Huay, Kapitan Soon Piang Kiun dan Willie Chung.

Selebihnya 1,162 orang yang menyertai Upko adalah terdiri dari bekas ahli PBS, bekas ketua-ketua kampung, bekas pengerusi JKKK dan penduduk kampung dari Kiulu dan Tamparuli.

Bercakap kepada pemberita selepas majlis itu, Tangau yang juga Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Perdagangan dan Perindustrian berkata kemasukan beramai-ramai anggota baharu Upko di bahagian Tuaran menunjukkan rakyat semakin memberi sokongan terhadap perjuangan parti berkenaan.

“Hari ini kita menerima seramai 1,326 keahlian baharu dan menunjukkan parti ini terus kukuh dan ini bererti rakyat mahu bersama-sama dengan kerajaan untuk merealisasikan aspirasi rakyat.

“Saya difahamkan sebahagian daripada mereka yang menyertai Upko pada hari ini adalah daripada kaum Cina yang sebelum ini menjadi anggota MCA. Kini kita sering menerima keahlian baharu yang secara tidak langsung menunjukkan bahawa rakyat menerima keputusan yang di ambil oleh parti sebelum ini (keluar daripada Barisan Nasional dan menubuhkan kerajaan baharu Sabah bersama Parti Warisan Sabah),” katanya.

Sehubungan itu, Tangau meminta ketua-ketua bahagian dan cawangan Upko memainkan peranan masing-masing untuk memberi penjelasan kepada rakyat dan anggota parti di kawasan masing-masing mengenai hala tuju yang diambil oleh UPKO selepas pilihan raya ke-14 (PRU14)

“Itu adalah menjadi tanggungjawab dan kewajiban kita untuk memberi penerangan dan penjelasan kepada rakyat tentang apa yang telah berlaku dan kenapa kita meningalkan BN dan bergabung dengan Warisan dan Pakatan Harapan untuk membentuk kerajaan baharu Sabah, termasuk memberi penjelasan mengenai asas parti untuk mengambil hala tuju ini.

“Adalah sangat penting kita bekerjasama untuk memberikan penjelasan dan jangan ada pula di kalangan kita yang cuba mengeruhkan keadaan dan masih mempersoalkan keputusan parti,” tambahnya.

Misi Upko Tuaran seterusnya adalah menambah 8,853 orang ahli lagi supaya sasaran 27,000 ahli bahagian tercapai.

Sementara itu, Tangau menggesa semua pihak untuk berhenti berpolitik dan sebaliknya bekerjasama untuk memajukan Sabah melalui idea-idea yang bernas dan membangun.

Turut hadir Naib Presiden Tan Sri Wences Anggang, Datuk Christine Van Houtan, ahli majlis tertinggi Upko Pusat, exco pergerakan pemuda, wanita dan komulakan.-SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan