Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

UPKO TETAP UTUH

Gambar Fail SNT

KOTA KINABALU: Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko) kekal utuh, kata pemangku presidennya Datuk Seri Wilfred Madius Tangau.

Katanya, kenyataan bendahari agung Upko Datuk Marcus Mojigoh baru baru ini yang mendakwa adanya perpecahan dalam Upko berikutan perletakan jawatan Ketua Pemuda Arthur Sen tidak perlu diambil serius sangat.

“Dalam politik biasalah kalau letak jawatan dan pergi ke tempat lain. Satu pergi seratus masuk … tiap-tiap hari kita menerima permohonan keahlian baharu,” kata beliau bila ditanya mengenai perkara tersebut.

Dia berkata lagipun tidak ada permasalahan dengan parti yang menyebabkan Arthur meletak jawatan.

“Itu adalah keputusan beliau (Arthur) sendiri,” kata Tangau.

Menjawab satu soalan, katanya beliau tiada berjumpa dengan Arthur dan hanya dimaklumkan mengenai perletakan jawatan itu melalui surat.

Arthur menyerahkan surat perletakan jawatannya Isnin lepas tanpa menyatakan sebab beliau berbuat demikian. Dia juga melepaskan semua jawatan parti yang dipegangnya. -SabahNewsToday

 

Komen


Berita Berkaitan