Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

UPKO sokong cadangan kad pengenalan khas rakyat Sabah

Ewon Benedict
Ewon BenedictJo

KOTA KINABALU – Komulakan UPKO menyokong langkah pendaftaran semula atau penarikan balik kad-kad pengenalan yang dikeluarkan di Sabah dan cadangan memperkenalkan kad pengenalan khas untuk warganegara Malaysia di Sabah.

Ketuanya, Ewon Benedick berkata, cadangan oleh Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan itu mempunyai merit yang tertinggi untuk menyelesaikan isu yang berlarutan lamanya berlaku di negeri ini.

“Oleh kerana cadangan tersebut dibuat oleh beliau, saya amat yakin bahawa ia juga merupakan pendirian rasmi jawatankuasa teknikal tersebut dan kerajaan seharusnya tidak melengah-lengahkan pelaksanaan cadangan ini. Kami ingin melihat komitmen yang sama ditunjukkan oleh kerajaan dalam penyelesaian isu ini.

“UPKO konsisten dalam isu ini dan penyelesaian minimum yang kami boleh terima adalah penarikan balik semua kad pengenalan yang dikeluarkan di Sabah agar penyiasatan komprehensif dapat dibuat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan penutupan Bengkel Asas Keselamatan Kebakaran Bangunan anjuran Jabatan Bomba dan Penyelamat, di sini hari ini.

Beliau juga berpendapat bahawa jawatankuasa teknikal tersebut haruslah tidak dilihat sebagai jawatankuasa penjawat awam semata-mata, sebaliknya ia harus melibatkan parti politik di negeri ini untuk memperkukuhkan lagi input penyelesaian.

Menurut Ewon, Barisan Nasional (BN) Sabah telah menubuhkan sebuah jawatankuasa mengenai pendatang asing yang diperngerusikan oleh Pairin dan beliau mencadangkan agar jawatankuasa tersebut disatukan dengan jawatankuasa teknikal tersebut.

“Sudah begitu banyak jawatankuasa serupa ditubuhkan pada masa yang lepas dan kita tidak boleh melihat satu lagi retorik semata-mata. Kita menghargai komitmen kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan yang mana laporannya telah diumumkan dan kita mahu melihat komitmen yang sama ke arah penyelesaian sebenar, bukannya di atas kertas semata-mata,” ujar beliau. – SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan