Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

12,499

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

UPKO sentiasa sedia hadapi PRU14- Madius 

12:51pm 14/03/2017 Elezebeth Esther Onjining 216 views Kota Kinabalu,Politik,Tempatan

KOTA KINABALU: Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) sentiasa bersedia bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang akan berlansung pada bila-bila masa.

Pemangku Presiden parti itu, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau berkata pihaknya telah bersedia sejak PRU ke-13 yang lalu.

” Bagi UPKO, persediaan itu merupakan satu pelayanan kepada rakyat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Antarabangsa Sains Marin dan Akuakultur 2017, dekat sini, hari ini.

Ketika ditanya mengenai pembahagian kerusi PRU, Wilfred berkata pihaknya akan berunding dengan pemimpin-pemimpin Parti Komponen Barisan Nasional yang lain mengenai perkara itu.

Namun, katanya, pembahagian kerusi PRU tidak menjadi masalah kepada Parti UPKO.

” Kita sudah diberi tanggungjawab dari segi kerusi di peringkat persekutuan dan negeri … UPKO mempunyai empat kerusi di peringkat Parlimen dan empat lagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

” Saya tidak melihat sebarang masalah, yang penting ialah peluang untuk memenangi sesebuah kawasan itu. Tidak guna kita menuntut sesebuah kawasan tetapi peluang untuk menang adalah tipis,” katanya. Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan