Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

UPKO RANAU CADANG JAWATAN PRESIDEN TIDAK DIPERTANDINGKAN

Datuk Seri WIlfred Madius Tangau, Datuk Ewon EBin dan Datuk Abidin Madingkir bersama dengan ahli majlis tertinggi Upko serta AJK Upko Ranau. Gambar SNT/Ehsan Upko

RANAU: Ketua Bahagian Upko Ranau, Datuk Dr Ewon Ebin menyeru agar jawatan presiden Upko tidak dipertandingkan seterusnya mencadangkan agar pemangku presiden sekarang, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau dibiarkan menang tanpa tanding bagi jawatan itu.

Ewon yang memenangi jawatan ketua bahagian tanpa tanding dalam ucapan sempena Mesyuarat Agung Tritahunan Upko Ranau di Dewan Masyarakat di sini hari ini berkata Tangau harus dibenarkan untuk terus memimpin parti.

Ewon yang juga naib presiden Upko berkata, Tangau telah membuktikan kebolehan beliau dalam memimpin parti sehingga kini.

“Upko adalah parti untuk masyarakat Kadazandusun Murut. Tidak ada Upko jika tidak ada KDM,” kata Ewon, sambil menambah betapa penting kesatupaduan kerana disitulah terletak kekuatan masyarakat.

“Maka itu, kita harus tunjukkan kesatupaduan ini dengan tidak membenarkan pertandingan bagi jawatan presiden parti Upko dalam Persidangan Tritahunan Upko Nasional yang akan datang,” katanya.-SabahNewsToday

 

Komen


Berita Berkaitan